Isnin, 10 Jun 2019

Blog ini menerangkan tentang jaminan produk telefon pintar iaitu OPPO MALAYSIA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada anda semua. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana sudi mengunjungi ke blog saya.

Jadi, hari ini saya ingin berkongsikan kepada anda semua tentang jaminan produk telefon pintar iaitu OPPO. Seperti anda sedia ketahui, jenama telefon pintar OPPO bukanlah satu nama yang asing lagi bagi kita, ini keranana, perkembangan teknologi OPPO seiring dengan perkembangan teknologi telefon pintar yang lain.

JADI, MARI KITA LIHAT!!!

Dasar Jaminan Telefon OPPO

Dasar jaminan ini hanya terpakai kepada telefon pintar OPPO yang dijual di Malaysia. Sekiranya kegagalan prestasi berlaku dari penggunaan biasa semasa tempoh jaminan, OPPO akan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan secara percuma. Jadi, jika telefon pintar OPPO anda mempunyai masalah, pergi sahaja ke cawangan OPPO yang berdekatan untuk mendapatkan servis penyelenggaran secara percuma sepanjang tempoh jaminan.

                                    Contoh telefon pintar OPPO yang mempunyai jaminan produk




OBJEK                                            TEMPOH JAMINAN                                   ITEM
Telefon (bersama bateri)                  12 Bulan                                         Bahagian kos dan kos buruh
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fon kepala, Kabel USB,                   6 Bulan                                           Bahagian kos dan kos buruh
Pengecas dan aksesori lain


Dalam Komitmen Jaminan Produk Yang Ditawarkan Oleh OPPO

1. Semua bahagian dan aksesori pengganti adalah jenama baru. Jadi, anda tidak perlu risau kerana pihak OPPO yang menukarkan peranti atau aksesori anda kepada yang baru secara percuma (dalam tempoh jaminan).

2. Bahagian penggantian boleh menikmati tempoh jaminan baki asal atau 3 bulan dari tarikh jaminan gantian, mengikut mana yang lebih lama.

3. Jika aksesori perlu diganti, mereka akan ditukar dan tempoh jaminan bagi aksesori gantian akan diperbaharui.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan